assalamualaikum..~
pernah suatu ketika bila aku tengok pada kau tapi aku tak nampak pun bayang aku berdiri di sisi. yang kelihatan hanya bayangan dia. mungkin aku boleh terima hakikat yang kau bukan milik aku ketika itu. tapi hari makin hari aku yang kian jatuh tenggelam dalam rasa. aku bukan yang teratas. aku seperti tiada nilai jadinya. apa maknanya aku cuba berdampingan dan meraih rasa hati kau. percuma. kalau kau pernah rasa aku cuba jauh, kau ketahuilah bahawa aku terlebih dahulu merasakannya cuma aku kemam kata-kata yang ada. aku tak mahu luah atas riba kau. tapi jika kau baca ini, saat ini, ketahuilah itu rasa yang sedang bermain kembali. kau boleh terus menafi. aku terima. mungkin ini karma. tapi jangan salahkan andai aku sediakan jarak buat kita. hati ini menangis. tapi sentiasa aku balut dengan senyuman depan kau. tapi kau tetap terus sebut nama dia. kau terus tetap pilih dia. nafikanlah. aku sedia dengar. tapi hati ini makin lali. muak rasanya disogok berkali-kali. aku dah tak perlu frasa aku, dia dan kau. cukuplah kalau kau faham. semoga kau bahagia dengan dia yang bukan aku.
No comments:
Post a Comment