assalamualaikum..
Musibah itu datang dari pelbagai cara,kan? bila kita diuji olehNya, bagaimana penerimaan kita terhadap ujian itu? adakah kita terima ianya dengan hati yang terbuka, berlapang dada dan kembali memuhasabahkan diri, memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan lagi amalan atau sebaliknya..?
setiap apa yang berlaku adalah ketentuan dari Allah. semua masalah yang kita hadapi pasti ada jalan penyelesaian. jangan jemu untuk meminta pertolongan dari Allah supaya diberi kekuatan dalam menempuh segala dugaan yang diberikan. jangan rebah terlalu lama. ayuh..bangun untuk selesaikan masalah..!!
Bersabarlah wahai hati.. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada bersamamu, bila ditimpa musibah, hadapilah segalanya dengan tabah dan ucapkanlah "Innalillahiwainnailaihirajiun".
“Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar.
Persediaan Car Seat Tahun 2020 Untuk Anak-Anak
5 years ago
No comments:
Post a Comment