JellyPages.com

Saturday

Terengganu dan wedding bff.

assalamualaikum..~

 yeay!! alhamdulillah..sampai di bumi Besut jam 5 pagi tadi. thanks to Ayu and her brother, abang Asyran yang telah bergilir-gilir membawa kereta dari Bangi. thanks to Zura yang share aura tidur tanpa henti dekat seat belakang. thanks to McDonald for their super awesome family dinner box. thanks to my mom yang benarkan her daughter jalan jauh-jauh. thanks to people yang concern a lot semalam. and thanks to sape-sape yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung semalam. done. macam ayat orang gila je nak thanks tanpa henti dan bersebab. 

so, kalau dah sanggup secara tiba-tiba travel jauh-jauh cenggini  haruslah mempunyai reason yang kuat bukan. for your information dearest people, i keep counting the days from the first day i heard about this super magnificient news. dup dap dup dap rasanya. 

one of my bestie yang sanggup tadah telinga dengar aku excited membebel all the time, calm me down bila masuk aura sedih sedu, ajak aku jalan-jalan, teman dia dating mahupun pergi cari barang untuk majlis..going to leave her title as 'anak dara' soon. thats why aku datang untuk menyibuk di majlis beliau. seriously ecxited. hingga sanggup menolak ke tepi kenduri bakal kakak-kakak ipar yang berlangsung hari ni. hahaha. overboard.

untuk pengantin perempuan buat Encik Fadhlan Fatah, untuk pengantin lelaki buat Cik Umi Kalsom..semoga Allah memberkati kalian, semoga Allah menghimpunkan seluruh kebaikan ke atas kalian dan semoga Allah menghidupkan cinta kalian hingga ke syurga Jannah. :) selamat pengantin baru.

pada budak-budak kelas yang sanggup turun ke Terengganu macam aku..marilah kita memanfaatkan peluang ini bersungguh-sungguh. jom jalan-jalan!


Wednesday

hanya ilusi.

assalamualaikum..~



awak datang tumpahkan rasa
ceriakan hari dengan kata-kata
buat saya rasa terpinga-pinga

tapi sayang semua tu tak lama
saat ombak sedang kencang dan berlaga
awak pergi tinggalkan saya

saya cuba buka pintu kaca
dengan harapan saya bersedia
tapi tak sangka ia cuma dusta

kala saya tenang dan gembira
kembali semula seorang jejaka
buat saya rasa berbunga

cukuplah untuk semuanya
seperti permainan yang sia-sia
hanya kan  tambah rasa derita

semoga awak akan bahagia
dengan si dia yang bukan saya
cukuplah takdir yang berkata-kata.


*sekeping rindu datang mengganggu.

# didepan mata itu kadang-kadang hanya ilusi semata, terus gagah kawan.


p/s: buat kawan-kawan yang ada paper esok, moga otak terus kental bekerja! fighting! :)

Tuesday

Sunday

nenek.

assalamualaikum..~

streching-streching belakang sikit..uhh! lega..ini adalah keadaan apabila baru balik dengan penat lelah terus pasang laptop untuk mengupdate tanpa terjumpa dengan perkataan sabar. well, bukan selalu nak tengok aku menggelupur nak update camni.

bangun pagi dengan azam nak siapkan keje-keje tertunggak biar siap dan tak serabut nanti tapi hati dan minda berpaling tadah. ciss! keji sungguh di kau. bukak facebook dan godek-godek blog sampai tengah hari. teringat ada temujanji dengan cik anis mahu melawat nenek dan kak mis [owner rumah sewa kat banting dulu]. siap dalam masa lima belas minit tapi tunggu hampir sejam. janji melayu betul, ish..

teruja sangat bila dah sampai sana..dah rasa macam balik kampung jumpa nenek sendiri. cehh. nenek pulak aci main peluk-peluk tak nak lepas lagi la feeling tuh masuk mood terharu..jarak masa seminggu tuh mungkin terlalu lama untuk dia memandangkan saban hari akan terdengar gegaran dari tingkat atas dengan gelak ketawa dan suara gergasi kami selama 3 bulan. ohhh.. =.='

dijamu makan tempe goreng feveret dengan ditemani nenek. disuruh rehat di bilik atas. berlegar-legar ibarat duduk dekat rumah sendiri. bersembang ibarat takde garis sempadan dengan mereka. sungguh rasa macam we belong there. serious dah rasa macam family sendiri. ni pun dah rasa rindu dekat nenek. huu..~

nenek sendiri dua-dua dah takde masa bergelar kanak-kanak ribena lagi..jadi tak merasa macam mana ada nenek. tak merasa manja-manja..usik-mengusik..bodek-bodek si nenek. yang ada cuma atuk. tapi tu la kan, atuk dan nenek mana sama. feeling dia pun lain. cara layanan pun tak sama. jadi, bila dapat peluang macam ni haruslah aku jadi lain macam. hehehe. 

so, pada mereka diluar sana yang still ada nenek..bersyukur dan hargailah mereka. sesungguhnya orang macam aku ni gila teringin nak berada di tempat korang. :)



Andai itu yang terbaik..~

assalamualaikum..~



“Ya Allah…
Engkau yang Maha tahu segalanya.


bila kehadiranku,
menganggu hatinya,
tidak membawa kebaikan padanya,
maka kau pisahkanlah kami biarpun kami terluka


bila aku tak layak dan bukan yang terbaik untuknya
maka kau jauhkanlah aku darinya


bila bukan aku yang tertulis untuk melengkapkan separuh dari agamanya,
maka jarakkan kami agar tidak timbul rasa yang mengundang kecewa


bila aku bukan yang terbaik,
bila aku bukan yang tercatat dalam takdir,
dan bila dia berhak kepada yang lebih baik,
maka jarakkan kami, pisahkan kami


jangan menangisi perpisahan,
kelak DIA akan gantikan,
dengan seseorang yang telah tercatat,
dengan seseorang yang terbaik untuk dunia dan akhirat kamu.”


taken here.


[google]




Saturday

doa buat kawan.

assalamualaikum..~

Subhanallah..for the last few weeks, keep on dengar kawan-kawan  menamatkan zaman bujang dan melangkah setapak ke fasa baru dalam kehidupan. kedengaran sungguh awesome dan wow pada aku. nak- nak bila mereka ini begitu dekat dengan life aku, lagi la sama naik bergelodak eksaited tu. tapi takpe kerana aku masih sedar diri yang jalan ke arah itu masih panjang. sabar aliya sabar. hee..

mereka nampak sungguh sweet oke. sungguh bahagia. sungguh happy. maklumlah, masing-masing pun dah jumpa pemilik rusuk kiri, jumpa pelengkap separuh dari iman mereka. jumpa imam buat jemaah bersama. jumpa guru untuk tasmik berdua. jumpa suami untuk kongsi kisah suka duka. auch! :)

aku bahagia dan tumpang happy. aku harap pengakhiran jalan cerita cinta aku juga begitu. moga dia juga berani  terus kepada wali aku untuk memulakan sebuah kisah cinta indah buat kami. kisah cinta yang halal. tapi sebelum itu terjadi, dengan 'jarak' yang ada, aku harap dia juga sedang menjaga 'cinta' ini. menjaga kemanisannya. moga kami istiqamah menjaga 'rasa' ini. :)

buat kawan-kawan itu. doanya moga kamu dan pasangan beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat, mendapatkan keluarga yang sakinah wa rahmah dan bercinta hingga ke syurga jannah. semoga Allah memberkatimu, semoga Allah melimpahkan berkatNya  ke atasmu dan semoga Allah menghimpunkan kalian berdua dalam kebaikan. :)


Someone who really loves you will show you they want you, will prove that they need you, will remind you they love you. Will put you in the list, " To be in Jannah, together, forever.

Thursday

congrates adha..~

assalamualaikum..~

dulu..masa melalui 3 bulan tu. aku selalu rasa macam takde life sangat sebab every single minutes tu walau kau nampak aku tergolek tapi otak aku keep on berfikir tanpa henti. apa nak buat, apa nak ajar, apa nak disiapkan and so on. tapi Ya Allah sekarang ni..haish! hampir ke tahap tension sebab takde kerja dan duduk-duduk sahaja. pergi kuliah pun bukannya ada kelas sebab dulu masa sebulan sebelum praktikum dah bekerja kuat. jadi, yang tinggal sekarang cuma perkara-perkara picisan di tepi baldi. eh..apa-apa je la. kerja aku sekarang bukanlah tengok running man citer korea tuh tapi dok buat running sleeping-beauty..erk?.elok-elok aku dah selim sikit boleh back to the bulat yang normal cenggini..huff!

by the way, wanna say congrates dear to my lovely housemate and classmate..adha aqilah for her new born baby blog. ouch! takkan la disebabkan aura aku berbelog jugak kot.*mata pusing-pusing*. hehe. hope you will enjoy writing since i love all your words and writing. :) *if anda baca ini..jangan nak riak dan takkabur sangat ok.*


..never too old to learn, never too late to turn..