JellyPages.com

Sunday

nenek.

assalamualaikum..~

streching-streching belakang sikit..uhh! lega..ini adalah keadaan apabila baru balik dengan penat lelah terus pasang laptop untuk mengupdate tanpa terjumpa dengan perkataan sabar. well, bukan selalu nak tengok aku menggelupur nak update camni.

bangun pagi dengan azam nak siapkan keje-keje tertunggak biar siap dan tak serabut nanti tapi hati dan minda berpaling tadah. ciss! keji sungguh di kau. bukak facebook dan godek-godek blog sampai tengah hari. teringat ada temujanji dengan cik anis mahu melawat nenek dan kak mis [owner rumah sewa kat banting dulu]. siap dalam masa lima belas minit tapi tunggu hampir sejam. janji melayu betul, ish..

teruja sangat bila dah sampai sana..dah rasa macam balik kampung jumpa nenek sendiri. cehh. nenek pulak aci main peluk-peluk tak nak lepas lagi la feeling tuh masuk mood terharu..jarak masa seminggu tuh mungkin terlalu lama untuk dia memandangkan saban hari akan terdengar gegaran dari tingkat atas dengan gelak ketawa dan suara gergasi kami selama 3 bulan. ohhh.. =.='

dijamu makan tempe goreng feveret dengan ditemani nenek. disuruh rehat di bilik atas. berlegar-legar ibarat duduk dekat rumah sendiri. bersembang ibarat takde garis sempadan dengan mereka. sungguh rasa macam we belong there. serious dah rasa macam family sendiri. ni pun dah rasa rindu dekat nenek. huu..~

nenek sendiri dua-dua dah takde masa bergelar kanak-kanak ribena lagi..jadi tak merasa macam mana ada nenek. tak merasa manja-manja..usik-mengusik..bodek-bodek si nenek. yang ada cuma atuk. tapi tu la kan, atuk dan nenek mana sama. feeling dia pun lain. cara layanan pun tak sama. jadi, bila dapat peluang macam ni haruslah aku jadi lain macam. hehehe. 

so, pada mereka diluar sana yang still ada nenek..bersyukur dan hargailah mereka. sesungguhnya orang macam aku ni gila teringin nak berada di tempat korang. :)



2 comments:

  1. opss sori tempe goreng is my feberet ok =P

    ReplyDelete
  2. eh, hello..!! aku kenal tempe dulu daripada kau oke.! :D

    ReplyDelete