assalamualaikum..~
Subhanallah..for the last few weeks, keep on dengar kawan-kawan menamatkan zaman bujang dan melangkah setapak ke fasa baru dalam kehidupan. kedengaran sungguh awesome dan wow pada aku. nak- nak bila mereka ini begitu dekat dengan life aku, lagi la sama naik bergelodak eksaited tu. tapi takpe kerana aku masih sedar diri yang jalan ke arah itu masih panjang. sabar aliya sabar. hee..
mereka nampak sungguh sweet oke. sungguh bahagia. sungguh happy. maklumlah, masing-masing pun dah jumpa pemilik rusuk kiri, jumpa pelengkap separuh dari iman mereka. jumpa imam buat jemaah bersama. jumpa guru untuk tasmik berdua. jumpa suami untuk kongsi kisah suka duka. auch! :)
aku bahagia dan tumpang happy. aku harap pengakhiran jalan cerita cinta aku juga begitu. moga dia juga berani terus kepada wali aku untuk memulakan sebuah kisah cinta indah buat kami. kisah cinta yang halal. tapi sebelum itu terjadi, dengan 'jarak' yang ada, aku harap dia juga sedang menjaga 'cinta' ini. menjaga kemanisannya. moga kami istiqamah menjaga 'rasa' ini. :)
buat kawan-kawan itu. doanya moga kamu dan pasangan beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat, mendapatkan keluarga yang sakinah wa rahmah dan bercinta hingga ke syurga jannah. semoga Allah memberkatimu, semoga Allah melimpahkan berkatNya ke atasmu dan semoga Allah menghimpunkan kalian berdua dalam kebaikan. :)
Someone who really loves you will show you they want you, will prove that they need you, will remind you they love you. Will put you in the list, " To be in Jannah, together, forever.
No comments:
Post a Comment