assalamualaikum..~
mood cuti-cuti Malaysia masih tak habis-habis lagi. kali ini di negeri Perak Darul Ridzuan. ececeh..bercuti la sangat kan kat Perak ni padahal balik kampung..[sila lempang-lempang manja.]. As usual kalau balik sini sejak kebelakangan ini untuk menetap di Kurau Stone.
..one of the view..
Maklumlah..semua dah membesar jadi si teruna dan si dara maka, malu-malu kucing jugak la nak tidur rumah sedara. tempat ni best untuk cuti-cuti rehatkan minda dan sesuai untuk mereka yang gemar memancing. bab memancing, sure inilah syurganya. ikan tak pernah aku tengok yang kecik-kecik. semua tahap ikan stim gedabak kat kedai tom yam tuh.
ops! banyak pulak cekadak dok buat promosi. dah-dah, korang pergi google sendiri pasal tempat ni. actually, selain untuk berehat kitorang akan pergi majlis kahwin anak kakak abah merangkap mak lang di Felda Gunung Besout, Slim River. so, dah pendek sikit jarak yang perlu dilalui and tak lah penat abah nak drive esok, hehe.
the other day pulak mahu pergi mandi air terjun. yippi!! air terjun ni dekat dengan jalan on the way balik rumah opah tapi tak pernah sekali pun lagi kitorang pergi selama dok berulang kali balik. this time mahu pergi cuba Air Terjun Sempeneh. kalau best, akan di rekomen pada next entry. so, wait and see peeps!!
seronok balik kampung abah ni..boleh makan buah-buahan fresh macam durian, manggis, salak and rambutan. ais kacang dan laksa still boleh dapat pada kadar RM1. ehh..terover plak!!
till the next entry, smile people..~