JellyPages.com

Saturday

Do be their Jannah

assalamualaikum..~


jam dah nak masuk pukul 3pagi tapi aku maintain setia mengadap laptop. hohoii..kalah zaman study wey. steady je konon kan padahal dah minum dua cawan kopi. fine, i am addicted to L.A Coffee nowadays. ohhmaii..keep on nak lagi, lagi dan lagi. okbai, buat-buat lupa ada gastrik.

well, while facebook-ing earlier i found this one article. it touch my heart  enough. it feels like close enough to me.  the tagline was awesome.

If you really love someone, don't give them yourself - give them Jannah!

tahu je relationship sebelum nikah itu haram tapi buat-buat tutup mata kan demi dia yang konon the best man i ever met. cehh.. aku la tu kan. tahu jugak benda tu takkan last forever ending macam happily ever after punya cerita tapi maintain wey degil tak nak dengar benda yang Allah larang. oke, memang la best and macam sweet dunia ini kami yang punya la kan masa tu. padahal... tak pon.

tapi tu cerita sebelum ni. i’ll try even selalu rasa tak cukup kuat enough. benda yang dah biasa bukan senang nak buang buat tak tahu. tapi Dia ada. inshaAllah, i’ll try harder after this.

please do read this awesome, sisters. hehe. sebab sisters macam aku la yang selalu jatuh terguling-guling kalau bab cinta-cinta ni kan.

Do be their Jannah, don’t be their fitnaa’  ~ Aliya J

Wednesday

dear that someone

assalamualaikum..~


someone who we can share our interest together sometimes is not someone that we can be in love with.


i don’t need a platonic love game.
i don’t want pull and push thingy.
but the important don’t is
i don’t love you.

i’m sorry.  
friendship sometimes don’t need to fall into a relationship called LOVE.



 let it remain like before with no all of this feeling, man. *sigh*

Tuesday

vacation# Langkawi & Padang Besar.

assalamualaikum..~

alhamdulillah..hari ni ada lagi kesempatan nak update. kali ni pasal short vacay famili yang unplanned. kitorang memang ada weekend je since abah takde cuti dah. tambah lagi aku pon baru cuti dan adik lelaki dah start semester baru balik. jadi jangan nak mengada la nak lebih-lebih macam vacation lepas-lepas. i am very the excited nak pergi Cameron Highland. lama dah tak pergi sana. memang dah pengaruh mak cukup-cukup siap sibuk google-google itu ini. tapi last minute tak jadi. cehh..baru verangan nak makan strawberry bertimba-timba. but then, mak cakap nak pergi Langkawi then balik singgah Padang Besar sekali. walaupun tak excited sangat tapi boleh laa dari duduk rumah tak pegi mana-mana, huu..

jumaat petang kitorang bertolak ke Kuala Perlis. fetch adik dekat politeknik then terus gigih cari hotel nak check in. kitorang memang serius la unplanned. last decision lepas dok pusing-pusing Kangar kitorang decide duduk Putra Palace Hotel. tu pon sebab adik aku cakap dia tahu kat mana kedai steamboat & bbq rm10 yang dia pernah pegi. nampak tak lari dari idea asal perjalanan?! kalau tak silap nama kedai dia Renaz kot. elok-elok aku dok hairan apesal dia offer rm10 terus jadi tak hairan. lagi untung ada la. serius bijak dorang punya idea. bayangkan bila dia heboh steamboat boleh makan dengan harga rm10, orang mesti akan tertanya-tanya. kenapa rm10? untung ke dia? apa je yang ada? kalau pegi setakat sorang dua memang takkan rasa rugi tapi kalau dah satu famili macam aku memang  satu kerugian besar la kalau tak makan sungguh-sungguh. dua jam kitorang lepak situ semata-mata nak cukupkan kuota rm70 yang kitorang bayar. hehe. tapi satu je, jangan expect steamboat ni hebat macam steamboat yang kita biasa bayar mahal tu. takde seafood tau. air pon tak termasuk dalam nilai rm10 tu. tapi bagi aku, oke laa.

pagi sabtu baru gerak pergi Kuala Perlis. hamboi ramai bebenor manusia nak pegi Langkawi ye.beratur punya beratur dapat la tiket pukul 12 tengah hari. so, kitorang lepak dulu dekat kedai makan depan jeti tuh. dalam pukul 2 camtu kitorang dah setel sume urusan kat jeti Kuah. then, sepakat gerak pergi kedai abang Jamal, anak sedara abah kat Datai. rindu gile nak pekena roti canai dia. memang terbaik lha. tak caya pegi la Datai Corner. masa sampai isteri dia jamu milo ais dengan bihun sup. lepas tu kitorang berpesta sakan la dengan roti canai. roti sardin dia memang superb. dah besar, tebal pulak, rasa pon sodap..haishh. pastu sambung dengan roti pisang dengan cheese. Ya Allah..nikmat apakah ini? sedaap sangat even makan camtu je. roti telur dengan roti planta dia pom mabeles. aduhaii..~ then, kitorang patah balik ke Kuah sebab memng cadang nak stay sana sebab senang nak ke sana-sini tempat shopim. ihikk. mak ngan abah lagi banyak tau tempat mana nak beli itu ini so, kami adik beradik memang tak argue la mana-mana diorang nak stay. lepas pusing-pusing, kitorang duduk dekat HIG Hotel milik Haji Ismail Group. memang tak menyesal duduk sini sebab kompleks dia sebelah je dengan hotel. kedai makan pon banyak depan tuh. malam tuh kitorang shopim cokelat bersungguh-sungguh dekat kompleks dia. mak rembat dua bagasi nak letak semua barang yang kitorang nak beli sebab kitorang datang hanya berbekalkan tiga beg galas dan satu beg baju je. kitorang punya niat nak membeli tu sampai  sarat satu troli dengan cokelat kitorang kerjakan, sampai adik cashier tu buat muka kagum sambil lemparkan ayat-ayat menusuk kalbu. siap kau dik kalau akak jumpa kau lain kali.

pagi ahad lepas breakfast, gerak pergi mall dekat dengan Grand Continental. sini tempat kalau nak beli handbag. tambah pulak tengah buat sale. memang ohsem la bagi kaum wanita tak kira tua mahupun remaja. handbag berjenama diskaun 50% dan 70% , nak tunggu apa lagi. aku sendiri masuk-masuk je terus capai dua handbag dengan muka tak malunya. lepas tu buat muka dua kupang pinjam duit dengan abah. haha. next stop adalah Rams Home Decor. ini permintaan emak. oleh yang demikian tak ada sorang pon volunteer nak ikut melainkan aku. dah la yang lain bantai pegi pantai, kurang asam betol. cehh. 

Sampai je Kuala Perlis, gerak terus pergi Padang Besar. kali ni tak ada apa sangat nak beli sebab tau bila musim cuti dorang suka kapak pelancong kaw-kaw. beza hokey pergi time cuti sekolah dengan pergi time tak cuti. so, aim kami adik beradik adalah beli baju. memang semua tak balik dengan tangan kosong. adik-adik lelaki aku yang banyak beli kat sini, yang perempuan beli sehelai dua je. tu pon sebab kali ni design tak banyak so, pilihan kami terhad. kalau handbag memang banyak pilihan. geram je aku tengok. lepas hantar adik aku balik politeknik baru kitorang gerak balik rumah. adik aku tuh tak padan ada project presentation minggu ni, gigih je nak ikut bercuti. haha. tapi macam seronok pulak rasa buat kerja bercuti tak pakai jadual cenggini. nak lagi boleyh??!

Wednesday

ragam pancaragam hidup

assalamualaikum..~


memang gedik tau..nak buat kerja bajet takde mood tapi boleh je pulak nak taip entri dengan gagahnya. cehh. sangat cehh la kau..

nih memang sangat tau nak bebel. aku kadang-kadang appreciate sangat keprihatinan orang kat aku. pasal itu ini life aku. cuma jangan la lebih-lebih dari limit yang ada tuh. itu boleh mendatangkan bencana tahu. sebelum aku bukak mulut dan sound orang dengan jayanya, mohon sangat jasa baik jaga sikit perasaan aku. macam yang paling latest ni, bab jodoh. tolong la paham yang tu semua rahsia Allah bahkan, aku belum terdesak kot untuk berumahtangga. tak perlu kot baik hati sangat dok promote aku sentiasa. tak perlu kot ulang tanya duaratusnamplohkali. elok-elok aku dok sengih-sengih terus rasa nak keluar muka serious annoying je. single ke, available ke, tak available ke..tu semua hal peribadi aku. terima kasih ambil berat. tapi aku bukan orang yang perlu kamu-kamu semua risaukan. aku lagi risau bila jadi camni. aku tak habis lagi merasa nikmat Allah yang satu ni. bagi la aku jalan pelan-pelan.jangan la dok seret aku laju-laju dengan jalan korang. jangan la buat aku rasa stress. tak kisah la kawan-kawan atau si sebaya yang lain dah tunang, dah kawen, dah ada anak, dah ada whatsoever la sekalipun..tolong laa~

satu lagi manusia yang buat aku pening adalah orang yang keliru dengan diri sendiri. takkan status diri pon boleh lupa kan..saja la tuh nak buat-buat melampau. anda tuh golongan yang masyarakat hormat. yang saya sendiri hormat. jangan la buat rasa hormat tu hilang kerana kejengkelan dari sikap anda. kalau status tu single sekalipun, maaf! anda tak mungkin jadi pilihan memandangkan kita tak sekufu dari segi ilmu. HAHA. saya sedar diri dalam bab ni. harap sangat benda ni macam tak pernah jadi. malu la oiii..kita bukan nak jumpa sehari dua je. tak payah nak buat hal la sangat.

macam yang jenis ni pulak, sentiasa tau tak puas hati dengan orang. apa la sangat kalau setakat buat kerja lebih dan bagi tunjuk ajar pada adik-adik yang baru nak bertatih ni. tak luak kot ilmu yang ada. ini kerja asyik datang lambak buku, kertas, sijil dan segala benda yang boleh kat atas bahu kita yang zero nih. ewahh..suka sangat tau dapat kerja jatuh sebemban macam buah durian gugur. the only penenang hati adalah 'kalau aku buat semua ni inshaAllah aku akan dapat banyak ilmu dan belajar banyak benda'. tu pon  ada jugak hari angin datang, kita sibuk tau nak anyam ketupat pasal dia banyak-banyak. hehe. terima kasih la bagi kita inspirasi dan idea untuk mengata. walaupun sekali sekala suka tau anda bagi kita kecik hati. awesome sangat rasa. macam dah taknak lagi je rasa dia kaann..

sebenarnya banyak nak tulis. tapi takpela. idea pon kalau dah pegang main keyboard lama-lama,  mula la nak kering. mula la tak mencapai tahap bernas yang diingini. masa pon dah lewat sangat. Till then, semoga terus tersenyum..InshaAllah.







p/s: pancaragam hidup tu selalu saja mainkan lagu yang sesekali kita tak patut ikut. pilih la perkusi pilihan mana yang kita mahu. ada yang lancar dan ada yang sumbang. paling penting sentiasa update dengan kapten kalau nak selamat. .

Tuesday

#the date: 3Nov2013

assalamualaikum..~


hoyeahh..finally, i got my own house. oke, tak payah nak eksaited sangat sekadar dapat masuk kuarters. tapi yang penting, dah tak payah nak segan-segan ke malu-malu nak buat rumah orang macam rumah sendiri. hehe. sangat tidak selesa untuk lebih-lebih sebenarnya apabila bawak perkataan 'menumpang' bersama-sama. kalau nak angkut kaum kerabat bermalam atau bersiang pon dah tak payah nak mintak-mintak izin ni. 

so, last sunday my family and i making some sort of majlis sempena nak masuk duduk situ. it was my first event yang aku rasa macam besar dan tak payah tanya la penglibatan aktif aku dari A sampai Z benda alah tu berlangsung. memang sangat letih, nak-nak pulak isnin tu sekolah aku tak cuti.*juling-juling mata*. Alhamdulillah, everything went well. thanks sesangat la pada mak abah yang banyak bertungkus-lumus dan menyumbang idea, pada mak-mak dan pak-pak menakan yang sama naik dok tolong.

tapi, sekarang boleh la nak berlagak sebab ada orang teman. hehe. bukak sekolah nanti dah mula kena duduk sorang-sorang. hamek kau! tak payah nak berlagak sangat. 

that day la jugak, my brother turned 19 y/o. alololo..forget to buy a cake yang konon nak suprise dia since kitorang cam kelam-kabut sikit petang tuh. tapi inshaAllah nanti cuti kita celebrate sesama oke big bro..tak sabar nak jenjalan sesama adek beradik. last time kitorang kuar bersama-sama adalah 5tahun lepas. see..see..lama gile kann. asal plan je mesti ada je hal mengacau. sekarang ni pulak big bro tu jadual cuti tak sama dengan kami yang lain so, sangat la susah nak cari tarikh menggila bersama-sama. yang penting, gua nak ucap'HAPPY BIRTHDAY BRO'. may Allah grant all your wishes. moga jadi lebih baik, lebih soleh dan lebih berguna pada masa depan. hehe. 

# masih perlu

assalamualaikum..~


Bila ku buka mata
Rasa tak berdaya
Hadapi semua
Sejak hatiku luka

Mampukah ku menunggu
Bayangan dirimu
Atau biar berlalu
Hapus semua lelahku

Meskipun engkau tahu
Hati ini masih menyayangi dan menyinta
Tegarnya kau menyiksa
Disaat diri derita
Mencari engkau tiada

Meski engkau sedari
Diri ini masih ingin terus ditemani
Mengapa engkau pergi
Disaat ku masih lagi
Perlu engkau disini

Aku perlu dirimu
Hiburkan siangku
Indahkan mimpiku
Ku ingin kau tahu

Oh sayang aku rindu
Ku cintai kamu
Peluklah diriku
Hangatkan seperti dulu





hai si dia ...~

Saturday

minggu yang panjang

assalamualaikum..~


minggu ni rasa sangat panjang hokeyy..and hari ni for the first time dok sorang-sorang kat rumah since housemate balik alor setar. tulaa rutin weekend kami si orang bujang. hehe. pantang ada kesempatan, laju je nak balik rumah family masing-masing. i am here still sebab nak settle kan urusan rumah kat sini. 

isnin sampai rabu hari tu kena kursus kat Sg. Petani so, sengih tak kira la sebab tak payah nak susah hati kena balik sini. straight dari kampung terus pergi tempat kursus. chehh..tak sampai setengah jam pon. after hampir setahun (please minus masa konvokesyen), finally dapat jumpa dan feeling-feeling zaman belajar dulu dengan kawan-kawan. sebilik dengan farha dan semeja with both farha and atiqah. wonderful. kami masih macam dulu rupanya. takdela membesar matang sangat walau dah bekerjaya. chewahh..cam best je sebut bekerjaya tu. hehe. tak tahu la perasaan both of them but frankly said i seriously enjoyed that moment. dah lama tak rasa buat perangai sakan.T.T

back to work khamis tu, start dah sibuk. habis kelas je straight ada meeting sampai 1.30 petang. then, ada discussion with partner and pembantu regarding some issue yang diri sendiri pon tak berapa dapat nak cope. solat then laju-laju masuk ICT lab untuk kursus LADAP sampai 5.30 petang. entah masuk ke tidak pon tak tahu since kepala tak berhenti berdenyut sakit dari mula. balik rumah pon kena sambung kerja. plan untuk jumaat dan isnin. 

jumaat memang tak fikir banyak sebab fikir dah boleh rest petang tu sebab rasa dah berat sangat kepala asyik kena sumbat itu ini je sepanjang minggu. alih-alih partner minta teman dia pergi mesyuarat. takkan la nak cakap tak pulak walaupun sebenarnya hati dah takde nak pergi mana.mana. 7.10 malam baru jejak rumah. see, i am that busy and i still need time and space to adapt. holaaa..dah dekat setengah tahun kot tinggal dunia yang busy dan hectic.

itu pon ada je yang nak cari masa sibuk berkursus. itu bukan tanda aku orang penting. tapi itu tanda tempat kerja aku tu sangat aktif dan cemerlang dalam banyak perkara. tambah pulak big boss yang cemerlang. alahaii..~

dan sesungguhnya, dek kerana kesibukkan la sangat tu, minggu ni je ada la dua tiga manusia yang complaint i am not keep in touch dengan diorang lama sangat. yelaa sayang-sayang sekalian, tak cukup space dah memory ni sebab banyak yang nak masuk. hehe. sorry pada mereka yang rasa terabai tu. :)

Sunday

kenapa esok isnin?

assalamualaikum..~


aiyakkk..baru je selesai menyiapkan tugasan tertangguh yang penting. terasa hebat seketika sebab mengadap laptop dan menaip dengan gigih dari pagi sampai nak masuk maghrib. cehh..cakap je la kena siapkan kerja tu by hook or by crook. kalau tak mengenangkan deadline yang tak mahu bertoleransi harus rasanya tak siap lagi. memang camtu la kan dari zaman belajar. terbawak-bawak sampai dah kerja ni. benda yang dah bagi berminggu-minggu pun boleh siapkan dalam masa sehari. padahal masa mula-mula dapat tugasan bukan main lagi tak boleh cerna dengan bernasnya apa yang dia nak. itu la, ini laa..bukan main banyak alasan dalam kepala tu. alih-alih hari ni boleh setel. ko dah apehal?

benda yang paling aku tak nak cerna adalah kenapa esok mesti hari isnin. kenapa? kenapa? tau tak aku belum bersedia nak pergi kerja. aku tak cukup puas rasa rehat weekend ni. oke, sebenarnya weekend yang aku tak balik rumah je yang akan buat aku jadi macam ni kan, padahal dok melepak dan melepet kat rumah depan tv je. kalau balik rumah, confirm ada je aktiviti merayap ke sana ke sini tapi tak pulak rasa nak menangis bila fikir esok isnin. mencik la camni. aumm...~ 

Thursday

#Hospitals Beyond Boundaries/Sarung Kaki Project

assalamualaikum..~


gatal sangat tangan nak share benda baru yang terjumpa masa tengah godek-godek stalk orang sana sini. ye, tolong la faham, stalk orang di alam maya ni sangat seronok tahu. banyak sangat informasi dan benda  baru yang boleh dapat. tapi pandai-pandai la tapis ye. 

I found this masa tengah blogwalking, Hospitals Beyond Boundaries. mashaAllah, sangat teruja nak tau lebih lanjut. laju-laju tekan like. kan dah cakap, one of my wishlist is nak terlibat dengan benda-benda sukarela ni. mungkin saya tak mampu nak jejak kaki ke sana tapi yang pasti saya mampu bantu spread the words around dan bagi donation. bukan nilai yang menjadi ukuran. niat dalam hati tu yang penting. so, apa kata ambil sedikit masa kita dan cuba fahami apa yang cuba dilakukan oleh mereka-mereka yang ohsem ni. besides, dorang ada jugak buat charity event untuk kumpul dana. haila..kalau la kuala lumpur dengan pengkalan hulu tu sebelah-sebelah, kan best. :)

satu lagi benda yang ohsem sangat adalah Sarung Kaki Project. ye kawan-kawan, yang ni pun laju-laju tekan like. nampak sangat kegelojohan diri disitu. suka tau buat benda laju-laju. hahaha. ini memang sangat suka sebab sekarang memang tengah kuatkan iman untuk sentiasa pakai stokin atau sarung kaki setiap kali keluar. dulu, hanya pakai sarung kaki ni kalau nak pergi kuliah je. waktu kerja pun sama. Alhamdulillah, sekarang ni cuba pakai setiap kali nak keluar rumah. mula-mula harus la susah. sebab tu pergi cari stokin comel-comel buat penguat jiwa dan raga. moga-moga terus istiqamah. kaki pun sebahagian dari aurat kita kawan-kawan. housemate kita yang comel tu pon dah start pakai sarung kaki pergi kerja tau. makin comel sekarang :)

Wednesday

Aktiviti

assalamualaikum..~


dah lewat tengah malam tapi bukan main gigih nak siapkan kerja. kononn. padahal tengah tak sihat. iye, demam dan selsema. tapi yang penting, dah boleh tarik nafas lega. satu tugasan berat dah selesai. sekarang tengah cuba untuk fokus pada aktiviti Gerak Tari Prasekolah 1Malaysia, perkhemahan dan lawatan si comel prasekolah. iyee, memang agak lewat la kan bulan 10 baru terkedek-kedek nak pergi lawatan tapi dah memang rezeki aku kot. hehe. merasa pergi lawatan dengan budak-budak prasekolah. tak sabar nak tengok muka penuh keterujaan dan kegembiraan dorang. muka itu sangat precious. riak yang tak dapat nak beli dengan wang ringgit. dan semestinya satu kepuasan dan kegembiraan cikgu dia jugak. ihihi. walaupun kadang-kadang terpaksa tadah telinga dengar cikgu membebel kan lately..tapi cikgu nak korang jadi budak baik. yelaa..mana ada yang tak marah kalau dah penat lelah siap cantik-cantik kelas tiba-tiba terkehel sana sini tak sampai 48jam. niat cikgu tu nak awak selesa belajar dan seronok ada kelas yang cantik dan banyak mainan walaupun awk tu tak sepandai budak-budak sebelah. mujur bab manners awak semua tip top. hehe. bangga cikgu..~

Gerak tari tak tau nak kata apa dah. dah naik tak lalu tengok semua orang dok berlatih. iyee, cikgu paham kamu budak-budak kecik memang tak paham apa itu harmoni dalam persembahan. tapi cuba buat yang terbaik macam cikgu buat kat kamu pun dah cukup. cikgu tau korang tak 'sempurna', at least jangan bagi cikgu sakit kepala dan sakit telinga cukup. hehe. 

sebenarnya selain sibuk menghitung aktiviti sekolah yang tak pernah surut, sibuk jugak la jari ni dok membilang hari nak jumpa baby mushlih and his cute mommy dan cik mieza. tak sabar nak jerit 'Melaka, here I come!'. hehe. Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku. :)

Monday

hakikat..emm!

assalamualaikum..~


kadang-kadang memang la niat kita tu baik nak jadi orang tengah untuk dua manusia bina masjid. tapi sesekali tu cuba bawak-bawak tenung balik, calon yang kita bawak tu memenuhi kriteria diri kita atau kriteria orang yang kita nak calonkan tu. ye, rupa itu bukanlah segala-galanya dalam memilih pasangan. tapi rupa itu perlu juga diambil kira. muka yang kita nak tenung tiap-tiap hari kan. biar la mata tu rasa selesa dan sejuk. ini kalau letak  langit dengan bumi sebelah-sebelah, confirm la tak sepadan. tak mampu kot. tapi tu la hakikat yang orang selalu terlepas.


*merepek sebentar hasil renungan semalam.


wahh..baru isnin tapi dah tak sabar-sabar nak jejak jumaat, apa kes. baru plan nak jejak tanah Melaka dah tergendala tak sempat dirancang. banyak mak oii kerja nak kena siapkan. rasa nak mintak tiap-tiap hari bagi lebih dari 24 jam je. hehe. gaya macam kerja keras je kan. ni pon tengah berusaha dok susun jadual kerja bagi tak serabut kepala. baru tau betapa susahnya nak dapat duit gaji tu. ingat goyang kaki pung pang pung pang je ke ajar abc. memang tak la. dulu kalau orang dok perlekeh kerja yang aku bakal pikul, boleh la dok sengih-sengih lagi. sekarang, totally jangan cari pasal. sentap sangat kalau ada yang tak paham lepas tu buat ayat andaian sendiri macam la kerja aku ni senang sangat. mudah. cuba la ganti sehari tempat aku, nescaya tak ramai yang mampu. aku pon kalau tak kena train 5 tahun setengah tu, serius cakap memang aku lari. tapi aku memang kecewa sangat la dengan mentaliti orang yang sebegini.* positifkan diri.* takpe, orang-orang sebegini la yang aku kena bantu faham kan apa benda yang mereka tak faham tentang dunia aku. dunia yang  hebat dengan cabaran. dunia yang senang buat pahala dan senang jugak nak buat dosa. :-) keep smiling untuk minggu ni.

Friday

sakit

assalamualaikum..~


Allah tak saja-saja bagi kita ujian. dia nak uji kita lemah dan mengalah atau bangkit dan tunjuk gagah. pilihan atas tangan kita. cara dan gaya penyelesaiannya juga ada pada kita. tapi di penghujungnya, inshaAllah akan terasa betapa sweetnya Allah itu. mana mungkin menang menimpa kalau tak pernah merasa sakit berjuang. :)

Sakit tu memang ada. berjuang sendiri bukan pilihan paling bijak. mohonlah pertolongan dari Allah. pasti Dia rindu rintihan syahdu dari hambaNya. mintalah nasihat dan pendapat dari mereka yang selayaknya. bangkit dan kuatkan diri untuk terus melangkah. Mengalah dan putus asa tak akan pernah bawa kita ke mana-mana. mugkin hari ini kita merasa susah, payah dan lelah, siapa tahu mungkin esok kita akan rasa tenang, gembira dan bahagia. mengumpul redha itu memang sangat sukar tetapi selagi kita mahu berjuang, kita pasti menang.

Mulai sekarang, jom kita perkemaskan langkah. bersiap sedia hadapi ujian dengaan tenang dan matang. Jika Allah letakkan kita pada jalan ini, inshaAllah Dia juga akan membawa kita melalui jalan ini. 

Sunday

wish you were here..

assalamualaikum..~


it's been awhile huh..~ here i am again with another rasa hati yang susah untuk difahami. ia bukan kelat atau pahit tapi suatu kemanisan yang sangat sangatt sangaattt dirindui. sekarang memang dah boleh define dengan ayat sendiri kalau tanya apa itu maksud menerima seseorang dengan segala kelebihan dan kekurangan mereka. masa duduk dekat-dekat memang tersasar sikit tapi bila dah duduk seberang sana laut dan belah sini semenanjung, memang rasa itu makin kuat dan makin lain. makin menghargai si dia itu. bukan berapa tahun kawan yang mengukur sejauh mana kita kenal dia itu, but it's about the same wavelenght, values and principles yang both of you try to built together. plus kerana Dia. *senyum.

sekarang bila dah kena berdiri atas kaki sendiri dan tak mampu clingy, memang sangat lain. dulu even konon boleh berdiri sendiri, masih ada mereka yang ampu dari belakang biar tak tumbang.sebab tau tak kuat mana kaki yang berdiri tu. kalau nak selak cerita-cerita dulu, tak akan pernah habis. keep on replaying in my mind. seriously missed the memory. wish you were here love. enough. 

it took more than i thought untuk diri adapt suasana baru. still awkward. still blank. the only reason untuk gagah senyum dan berdiri, si kecil permata negara sekalian. walau kadang jiwa dan raga sakit tak terkira. sebab tau tak mungkin boleh patah balik kembali jadi budak hingusan yang kerja ngadap buku dan nota. huu..i missed all the good days left behind. really. seriously. 

Monday

Officially Cikgu Aliya :)

assalamualaikum..~


Alhamdulillah..i am officially Cikgu Aliya now. tehee. semalam masa datang tengok-tengok sekolah i was like                                 
'wooww..rock siot tempat ni'. yelaa, cuba bayangkan kfc, station bus, pejabat agama, maybank, bsn, tasek takong si tempat berjoging petang-petang, pejabat pos dan segala jenis kedai hanya memerlukan aku menapak berjalan kaki untuk sampai dari sekolah. seriously heaven. kalau terasa nak masuk Thailand ikut Betong pon boleh. cuma lebih kurang 12 km saja kawan. tengokk. tak cukup best lagi ke? oke, dah mampu senyum sengih kerana inshaAllah gua boleh hidup kat sini. then, berjaya menapak ke kuarters pulak. ingat senang ke benda-benda kuarters ni. mujur Allah permudahkan. Alhamdulillah.

Hari ni melapor diri secara rasmi. everything seem smooth sampai la berjumpa si jantung hati semua. alahai..budak-budak pon boleh tahan. boleh tahan nakal dan tak dengar cakap. siap bertumbuk time cikgu tengah bagi arahan kat depan. oke, korang nak berkenalan dengan cikgu style coolio camni. cikgu akan sediakan pelan strategi untuk tumpaskan kuasa korang. jangan harap nak buli cikgu. hehe.

InshaAllah, walaupun sebak sangat nak mulakan hidup sorang-sorang kat sini dengan amanah yang sangat besar, inshaAllah akan cuba untuk jadi kuat. Saya OK, saya dah besar..hehe. pinjam tagline sikit. :)


Sunday

cerita kita.

assalamualaikum..~



kita pernah lalu pasang surut satu perjalanan bernama perhubungan. aku pernah jatuh. tapi tidak kau. lepas semua badai berlalu, kita masih utuh ada untuk satu sama lain. atas nama persahabatan. tapi kau ingat senang ke untuk aku? tiap kali bertegur sapa bergelak ketawa, pengakhirannya aku yang tenggelam dalam rasa. kau nak jugak main tarik tali walau kadang-kadang aku rasa kau sama saja rasa apa yang aku rasa. aku degil. pipit dengan enggang mana mungkin bersama even diorang sama-sama terbang. tapi aku tetap berharap. bukan sekali aku rasa bodoh. lepaskan semua yang lain untuk kejar kau. ini bukan cite Hindustan yang banyak halangan tetapi tetap bersatu dihujungnya. ini cite realiti yang susah untuk dimengerti. hingga lewat doaku terkadang aku berharap kita punya jodoh yang panjang. bukan atas nama sahabat. waktu lainnya aku terfikir untuk terima yang lebih sudi jadikan aku permaisuri hati. tapi aku tetap  aku. belum mampu. hanya berteleku di antara dua persimpangan. moga aku lebih relevan pilih jalan menuju masa depan. pfftt..~~

Thursday

its hard

assalamualaikum..~


its hard untuk duduk sebangku kongsi semeja dengan manusia yang 24/7 dok rasa dia bagus, dia je yang betol. hello! kau duduk dengan manusia bukan beruk kera kat dalam hutan. concern la sikit hati perasaan orang sekeliling tu. jangan tau asyik nak melibas je. kau belom tengok aku melibas lagi, sakit karang. mulut tu jangan sedap je nak melepas macam kau tu bagus sangat. orang keliling bukan hamba-abdi-kuli-batak-kau. kau buat all the things yang memang buat orang sakit hati tu, tak ingat ke yang satu hari kau tetap perlukan kitorang. tapi orang tak paham. keep on cakap macam-macam. siapa je yang amek tahu rencah garam permainan dia. pfft..~

itu tak termasuk talam-talam dua tiga muka yang dok menempek. talam yang memang tak reti bahasa apa itu malu. its hard bila nak kena pretend yang kau sangat okay, relax, lepak chill dengan diorang sedangkan dalam hati tu dah berbuih-buih geram. manusia Allah cipta bukannya bodoh. so, please la jangan nak memperbodoh-bodohkan orang. orang tak bunyi tak bermakna orang tak tahu. huu..~

Wednesday

beauty is attitude

assalamualaikum..~


tengah hari tadi ada la tengok this one talk show yang memang best bab-bab bagi input yang menarik dan tertarik ni. sampai ke malam ni dok terngiang-ngiang ayat kakak cantik yang ditemuramah tu. beauty is atttitude. so right. beauty is within us. dalam dan luar. cara dan gaya. sekarang bukan zaman kita menilai cantik dari segi zahir fizikal je. apa yang ada kat dalam diri tu counted as well. muka cantik, body solid tapi kau kalau hampeh dari segi interpersonal with others, you fail. muka cantik, body solid tapi sombong dan perasan bagus je semedang, lagi la fail. luaran cantik tapi zero akhlak, tetap jugak nampak tak berapa nak cantik. lain bunyinya kalau kau cantik tapi kau down-to-earth, depan orang tua kau tau kod etika mana nak kena pakai, dengan manusia lain kau tau nak jaga diri, hati dan mulut, dalam masyarakat tau kat mana nak kena letak diri, thats it. enough. kau respect orang and orang akan respect kau balik. bila dalam diri dah complete cantik, dengan sendirinya kecantikan luaran tu akan lebih terserlah. orang suka kau, dan kau pun suka kat  orang. tak ada sesi aku cantik, kau cantik jom fight kalau kau rasa bagus sangat. tak ada sesi main tarik-tarik rambut tapi tak putus-putus jugak sebab bergaduh itu ini. nampak senang tapi susah sebenarnya. but it worth to try be a better beautiful young lady, kan? diri kita, haruslah kita yang tentukan jalan pilihan. takkan mak cik sebelah rumah pulak kan nak tolong adjust itu ini dalam diri. 

kalau letak aku dalam ayat panjang berjela kat atas tu mungkin aku pun dalam kategori suam-suam. tapi benda boleh ubah kan. walau kadang-kadang kena struggle lebih dalam sesetengah benda tu. bezanya aku ada contoh teladan yang real depan mata apa itu cantik dengan attitude. oke, beliau memang nampak cantik dengan perangai yang molek. *senyum sengih*

Friday

kehilangan

assalamualaikum..~

apabila sesuatu kebiasaan hidup itu dibawa pergi, barulah terasa seperti nak menyesal sudah tidak berguna lagi. tapi Allah tahu apa yang terbaik. jangan nak selfish bahagia diri sorang-sorang tanpa sikit pon timbang rasa hati orang lain. kehilangan tu memang sangat berat. sangat. tapi kita memang boleh dan dah ditakdirkan mampu laluinya. mulut dan jejari bisa mengatur patah demi patah kata yang memujuk tapi tidak sesekali jiwa dan raga yang merasakannya. tapi saya tahu, jalan ini jalan yang terbaik. jalan yang mampu bawa awak ke syurgaNya. jalan yang mampu pimpin awak untuk terus bahagia. hari ini, esok dan selamanya. saya cuba pujuk hati. pujuk diri. ini pilihan awak.pilihan yang telah lama awak nyatakan. pilihan yang tidak pernah saya persiapkan diri untuk hadapinya. pilihan yang kini buat saya rasa seperti kehilangan. sungguh dan bukan main-main. kehilangan yang buat saya sedar siapa awak dalam diri saya. yang buat saya rasa betapa pentingnya awak. sekarang, yang tinggal hanya pilihan buat saya. bermain dengan si bayang-bayang atau terima ketentuan dan bangkit berdiri. sebab satu hari nanti, saya akan lalui semua laluan dalam jalan pilihan yang awak buat dan mungkin ketika itu akan ada hati lain yang merasa kehilangan juga.





#moga mampu berdiri dan laju berlari.


Sunday

intebiu

assalamualaikum..~

lama tak jejak sini. lately ni banyak hal yang kena urus. urusan interview pon alhmdulillah dah selesai walaupun tension jiwa setiap kali ingat drama sendiri sambil 'OhMyEnglish' masa tuh. seriously, haru biru sebab tak dapat nak berfikir sambil meng'translate'kan term-term penting dalam BI. dah la malam sebelum tu boleh bantai tertinggal surat-surat penting dekat 7Eleven sambil kerek-kerek jalan balik dan bersukaria buat-buat lupa esok interview. dah tengah malam baru reti nak masuk bilik bukak buku sambil feeling-feeling time exam dulu. hamboih. mula la haru ditimpa tragedi bila check fail tak cukup sekeping dua. hadoii. bala. mujur la pekerja 7E tu tolong simpankan. kalau tak, mesti macam lepas baru disumpah sepanjang malam rasanya. hehe. pengajaran namanya tu. 

memang banyak benda berlaku lepas tu. negatif positif. even tengah menulis ni pon terasa-rasa. pasang surut hidup. memang rasa. everything yang kita gain dalam pencarian tu, kita akan lose something. for some reason, sesetengah benda yang aku hilang tu tak buat aku toleh dan tenung berkali-kali. better that way. better for everyone. better for me myself. :) *ehh..terkeluar tajuk pulak. hehe.

Friday

alahai..~

assalamualaikum..~

alahai.. sekarang ni tengah berdebar tunggu nak interview. tengah gundah gulana kerisauan ni la ada pihak yang sudi menaikkan kemarahan aku. aku memang tak paham dengan pihak yang satu ni. apa la masalah dia dalam melaksanakan kerja dengan efisien. ada je benda yang membuatkan orang ramai membuak-buak kemarahan. susah sangat ke nak buat kerja elok-elok? bukan sehari dua kot dalam bidang ni. huhu. aiyoo..sampai bila nak macam ni.

baik la mari kita beralih kepada hal yang menggembirakan. tahun ni ramai pula yang nak menamatkan zaman bujang. tak kurang juga yang bakal menambah cawangan baru. hehe. tambah-tambah jugak tapi tanggungjawab jangan lupa tau. :p seronoknya la dapat makan free sambil mencuci mata dengan benda-benda indah. haha. tapi bila kenduri di rumah sendiri memang la tak berapa nak indah sangat. tetiba banyak pulak nak kena fikir dan adjust dalam waktu yang tak berapa nak lama. lepas kenduri lagi la tak berapa nak indah kalau fikir hal-hal mengemas kembali rumah yang dah berubah wajah. yang tinggal indah hanya hari kenduri je la. huhu. pada yang dah nak bertukar status tu, dah sedia ke mental dan fizikal anda? :)  baiklah kawan-kawan, mari kita menambah ilmu dan persediaan berumahtangga mulai hari ini. ihikk. 

Tuesday

jalanan hidup

assalamualaikum..~


kita tak boleh nak bandingkan jalan cerita hidup kita dengan orang lain. apa yang kita nampak cantik dan menarik tu belum tentu benar. itu hanya apa yang kita nampak sedangkan bahagian yang kita tak nampak tu belom tahu apa kisahnya. Allah dah bagi jalan hidup yang terbaik walaupun kadang-kadang Dia bagi kita masa untuk membuat pilihan persimpangan mana yang kita nak dalam hidup. dah, tak reti-reti lagi nak muhasabah dan be positive?. ni tak, hidup tu asyik nak compare pasal dia dengan kita. kalau hidup semua orang sama, takdela masalah dan ujian yang datang untuk bagi pengajaran dan meningkatkan kematangan diri. ececeh. kekadang bercakap pasal hal ni boleh menipiskan tahap kesabaran nak-nak plak dapat jenis yang dia je la kisah paling sedih, paling sadis, paling perih. amboi! tak cukup erti bersyukur betol budak ni. Allah takkan bagi ujian yang kau tak mampu la. percaya la kalau kau bersabar dan cuba gali sikit-sikit lagi mesti akan jumpa jalan penyelesaian dia. ehh..penah ke kau dengar cerita tanpa pengakhiran? tampar kang baru tau. aku pun bukanlah tegak dan lurus tapi aku cuba dengan gigih yakinkan hati sendiri. be positive. bukan rugi pon. agak-agak tak mampu, cari la sorang dua teman dunia akhirat buat tadah telinga dan bagi seketul dua nasihat untuk jadi insan berguna. aku pon pakai kaedah tu bila tak mampu handle problem sorang-sorang. jangan sesekali berfikiran negatif dan membuat keputusan berdasarkan emosi je. lagi berat. bagai jatuh dihempap-hempap efeknya. cukup besar dah kan semua. pandai-pandai la fikir.

Monday

kerja ohh.

assalamualaikum..~

permulaan tahun baru yang sangat positif. Alhamdulillah. rezeki Allah tu memang ada di mana-mana. walaupun rezeki untuk posting awal belum sampai, Dia bagi rezeki lain terlebih dulu. hehe. dah empat hari tak pakai title penganggur terhormat dah. sekarang  keje dengan kakak sepupu. keje yang insyaAllah memang aku suka sebab boleh bantu tingkatkan hubungan komunikasi aku dengan manusia lain. seronok bila dah kembali aktif macam dulu gerak sana sini dan tak terperap je kat rumah. lagi seronok bila adik pun kerja yang sama jugak so, ada la teman.

aku ada duit dengan takde duit sama naik je keinginan untuk membeli. nak-nak pulak kalau barang tu dalam kategori kawaii. eh..nak terloncat-loncat jerit keriangan rasa. habit yang tak dapat dielak sampai mak sendiri pun megakui perangai nan satu. haish.




tengok la betapa comelnya si kenit itu. haha. dia la reason utama mengapa selipar ini menjadi milik tuannya. sanggup pulak aku mempengaruhi adik aku untuk beli sama. even tak nak, lastly dia beli jugak. haha. terima kasih dik ngah. hadoii. aku memang boleh gila kalau tengok spesis-spesis comel ni melata dimana-mana kedai. grr..

Thursday

tulisan aku.hak aku.

assalamualaikum..~

adakah menjadi satu masalah apabila kita menulis tetapi orang lain tak boleh terima cara penulisan kita? itu hak individu kot. agak-agak kalau dah tak suka please la tak payah nak baca lagi. lagi pun bukannya isu yang ditulis tu mendatangkan mudarat dan masalah pada orang lain pun. aku menyampah jugak kadang-kadang bila ada yang pergi jelajah blog orang pastu nak complaint pulak cakap bosan la, penulisan tak menarik la dan macam-macam lagi. yang kau pergi baca buat apa. bukannya orang suruh atau paksa. nak-nak kalau blog, dah sah-sah tu tempat untuk kita luah semua benda yang kita nak. kau ingat tuan dia nak sangat ke kau baca? kalau tak suka, tutup dan jangan singgah dah. habis citer. emo kena kutuk tak dapat nak balas balik. hehe. kbai.

to be loved.

assalamualaikum..~


apa rahsia untuk disukai dan disenangi oleh orang di sekeliling kita? jadi diri kita sendiri. tapi kita selalu terlupa benda tu. kita terlalu suka untuk meniru dan menjadi seperti orang yang kita minati, sukai dan idolai (?). kenapa? sebab kita harap kita juga akan diterima seperti dia itu. alahai,mungkin kita diterima, mungkin juga tidak tapi kita akan kehilangan sesuatu yang dipanggil identiti diri. sebelum ni dan sampai sekarang, aku sangat suka maknae SNSD, Seo Hyun. pernah la terbabas semua benda nak jadi macam dia, nak tiru dia sampai la satu tahap start sedar diri yang penat rupanya cuba jadi orang lain. just jadi diri sendiri and that’s better. ambil the positive side that can inspired you to be a better person and fill the part that you still lacking. so far, she inspired me a lot in every perspective but i’m not going to be her clone cause i have my own personality. but lately my youngest sister keep telling me that i’m a little tomboyish and sometimes look likes a gangster that contrary with what my friend said. how come. tapi aku admit la aku memang suka girl yang tough style pastu cam gila-gila sikit tapi at the same time still feminine dengan gaya ketimuran dia. that’s why aku suka tengok perempuan Jepun dengan Korea. ahaks. itu mungkin mempengaruhi. sama la jugak macam masa aku study dulu. ada la sorang kawan ni yang aku suka personaliti dia dan selalu cuba untuk be like her. cuba bayangkan dah kalau dia dipenuhi ciri-ciri gadis yang disukai ramai dan punya banyak kelebihan, mesti la orang suka. masalah yang timbul adalah aku tak dapat tipu diri untuk jadi budak baik sebab aku berkecenderungan untuk jadi budak nakal. paling sedih adalah apabila bercakap soal kelebihan yang sampai hari ni aku tak dapat figure out tapi aku syak aku mempunyai kelebihan dalam meng’annoying’kan manusia disekeliling aku. (*-^)V     setelah disimpul dan konklusikan, pengajarannya adalah tetap jadi diri sendiri. biar orang sayang dan suka kita sebab diri kita bukan sebab kita adalah klon manusia lain and to be loved, kita pun kena la berusaha menyenangi dan menyayangi orang-orang itu juga walaupun kadang-kadang rasa nak mengumpat dan memaki beliau bertimba-timba dalam hati. hehe.  i wish to be loved by everyone in 2013. ihikk! ^_^